Perpustakaan merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutama di pusat-pusat pengajian. Perpustakaan berfungsi sebagai pusat carian maklumat yang membantu penggunanya dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.

Perpustakaan Politeknik Shah Alam kini dikenali sebagai Perpustakaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Perpustakaan ini dibuka kepada penggunanya pada bulan Januari 1998 dan dirasmikan pada 12 Oktober 1998. Perpustakaan ini memberikan perkhidmatan kepada semua pelajar dan kakitangan PSA. Bangunan perpustakaan ini mempunyai keluasan lantainya 2624 meter persegi dan mampu menampung 400 orang pengguna dalam satu masa.