Unit Pengurusan Psikologi (UPP) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan unit sokongan akademik yang mana berfungsi dalam membantu pembangunan dan kemahiran insaniah bagi para pelajar dan juga kakitangan. Buat masa ini, UPP terdiri daripada 3 orang pegawai psikologi dan merupakan salah satu unit di bawah pengawasan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).Matlamat unit ini adalah membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi, spiritual dan kerjaya melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pengawalan Program Perkhidmatan Psikologi dan Kerjaya secara berkesan di Politeknik.

Pada tahun 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 29 Tahun 2007 iaitu perubahan Skim Perkhidmatan Kaunselor dan Penolong Kaunselor kepada Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi. Sehubungan itu, unit yang dikenali sebagai Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di Politeknik kini telah berubah wajah dan dikenali sebagai Unit Psikologi dan Kerjaya (UPP) selaras dengan penempatan Pegawai Psikologi bagi menggantikan jawatan Pegawai Kaunseling oleh pihak JPA ke Kementerian Pengajian Tinggi di setiap Politeknik di seluruh Malaysia.