Permohonan menjadi tenaga pengajar politeknik?

Semua permohonan untuk menjadi tenaga pengajar di politeknik seluruh Malaysia adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.Permohonan adalah secara online  ( http://www.spp.gov.my ) . Tuan/Puan boleh melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia untuk tujuan permohonan.Politeknik hanya menerima pensyarah yang telah dilantik oleh Suruhanjaya ini.

   Berapakah yuran kemasukkan ke politeknik?

   Bayaran yuran kemasukan adalah seperti berikut:

    i. Yuran Pengajian : RM200.00 per semester 
    ii. Yuran Asrama : RM60.00 per semester
    iii. Yuran Pendaftaran : Anggaran RM600.00

  Apakah yang dimaksudkan dengan kursus secara sambilan (KSS)?

  ♣ Pengenalan
     Program pengajian separa masa memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti kuliah di hujung minggu serta
     menambah pengetahuan, kemahiran dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep "Learn As You Earn".


  ♣ Tempoh Pengajian dan Waktu Kuliah
     Program ini akan dilaksanakan selama 8 hingga 10 semester dan kuliah dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad kecuali pada minggu cuti semester dan cuti
     pelepasan am yang jatuh pada hari tersebut.


  Yuran Pengajian
     Yuran pengajian untuk satu semester dianggarkan RM 1,000 ke RM 1,500 bergantung kepada program dan jumlah jam kredit. Pelajar boleh memohon untuk
     mendapatkan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pengeluaran simpanan akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

  Maklumat berkenaan Arahan serta Proses Lapor Diri dan Bayaran KSS
     Sila layari www.ksspsa.blogspot.my

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan sijil diploma dan sijil keputusan setiap semester saya di politeknik? Ini adalah kerana semua sijil-sijil saya telah terbakar/hilang kerana banjir/lain-lain, dan saya sangat-sangat memerlukan sijil-sijil ini semula untuk proses mencari kerja.

Tuan/Puan boleh mendapatkan salinan dokumen peperiksaan tuan dari Unit Peperiksaan dengan mengemukakan surat permohonan rasmi kepada Pegawai Peperiksaan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pegawai di Unit Peperiksaan di nombor talian terus pada waktu pejabat iaitu, 0351634155 atau 03-51634153 / 4039 / 4152 (Unit Peperiksaan) 
   Saya memiliki Sijil Pengurusan yang diiktiraf oleh Kerajaan. Saya ingin menyambung pengajian diploma di politeknik,             
    tetapi saya mendapat kurang daripada 2 kredit dalam SPM dan hanya lulus Bahasa Malaysia. Bolehkah saya melanjutkan       
    pengajian peringkat diploma di politeknik?

Terima kasih kerana tuan/puan berminat untuk menyambung pengajian di politeknik. Untuk mengetahui tentang maklumat lanjut serta syarat-syarat kemasukan kemasukan ke politeknik sila layari laman sesawang https://www.mypolycc.edu.my

   Bolehkah saya menyewa dewan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah?

  Penggunaan dewan lebih diutamakan untuk kegunaan PSA sahaja. Sewaan hanya diberi mengikut harga yang ditetapkan oleh Pekeliling yang sedang berkuatkuasa.          Keutamaan diberi kepada Jabatan Kerajaan sahaja

   Di manakah lokasi PSA?

    Sila klik pautan ini - PELAN LOKASI PSA

   Apakah jenis kursus yang ditawarkan di PSA dan bagaimanakah kaedah permohonan kemasukan ke Politeknik KPT?

    Sila klik pautan ini - http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp

   Bagaimanakah cara untuk membuka reruai/booth di PSA?

    Anda perlu hubungi Unit Keusahawanan PSA di talian 03-51634092.