LATAR BELAKANG

Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah salah sebuah jabatan sokongan yang berperanan sebagai koordinator kurikulum Bahasa Inggeris, Matapelajaran Umum dan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran. JPA bertanggungjawab membantu jabatan induk dalam perlaksanaan kurikulum dan pentadbiran secara keseluruhannya. Jabatan ini terdiri daripada Unir Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.

 

Unit Bahasa Inggeris

Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab dalam melahirkan pelajar yang berkebolehan berbahasa Inggeris dalam memenuhi tuntutan keperluan semasa dan persediaan menempuh alam pekerjaan. Di samping itu juga, unit ini menjalankan pendaftran peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) dan menyediakan kelas serta pusat peperiksaan tersebut.

 

Unit Pendidikan Islam

Unit Pendidikan Islam pula memfokuskan pembinaan sahsiah pelajar dengan penerapan nilai-nilai murni melalui kurus-kursus yang dilaksanaan semasa pengajian. Unit ini bertanggungjawab dalam melaksanakan kursus-kursus matapelajaran umum untuk semua pelajar jabatan induk.

 

Kursus

KURIKULUM PERINGKAT KOD & NAMA KURSUS
  Bahasa Inggeris   Diploma   DUE10012 Communicative English 1
 DUE30022 Communicative English 2
 DUE50032 Communicative English 3
Ijazah Sarjana Muda   BUE20013 English for Academic Writing
 BUE30033 English for Engineering and Technology
  Matapelajaran Umum    Diploma     MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban
 MPU23052 Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam
 MPU23012 Pengajian Islam
 MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia
 MPU22042 Bahasa Kebangsaan A
Ijazah Sarjana Muda  MPU31032 Falsafah dan Isu Semasa
 MPU31042 Penghayatan Etika dan Peradaban
 MPU32013 Presentation Skills

 

Techno-Huffaz

Techno-Huffaz adalah program yang dilaksanakan di bawah JPA bagi melahirkan graduan TVET yang global dan holistik. Program ini melayakkan pelajar untuk mendapatkan Pensijilan Tahfiz Al-Quran yang mana ianya adalah kerjasama antara Politeknik Malaysia dengan pihak Darul Quran. Program ini merupakan nilai tambah kepada pelajar kerana mereka akan menghafal 30 juzuk Al-Quran sepanjang pengajian. Program ini juga adalah salah satu pendidikan Islam sepanjang hayat yang dilaksanakan di politenik bermula Sesi Jun 2017. Pada awalnya, program ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil Diploma Pengajian Perniagaan sahaja tetapi seterusnya diperluaskan kepada pelajar jurusan lain pada Sesi Jun 2019.

 

 

 BORANG MANUAL KEMASUKAN KE POLITEKNIK

 

 

HUBUNGI KAMI:

JABATAN PENGAJIAN AM
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: psa.mypolycc.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903