Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) ini bertanggungjawab menjalankan segala urusan yang berkaitan dengan pelajar di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

 

UNIT PENGAMBILAN & DATA

Fungsi Unit Pengambilan & Data adalah seperti berikut:

a) Menyediakan norma ambilan pelajar.

b) Mengurus dan menyediakan data IEO pelajar pada setiap semester.

c) Memproses pengambilan dan pendaftaran pelajar.

d) Menyediakan kad matrik pelajar.

e) Mengurus hal-hal berkaitan tukar program/tukar politeknik/tangguh/berhenti pengajian.

      f)  Menyelaras program promosi ambilan pelajar.

 ** Nota:

1. Bagi pelajar yang telah mendaftar, permohonan pertukaran boleh dibuat antara minggu 14 hingga ke minggu 16. Keputusan dijangka diumumkan pada minggu ke 18. Permohonan pertukaran akan diproses dan diluluskan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

2. Permohonan pertukaran program atau jenis program bagi pelajar semester satu boleh dibuat DALAM TEMPOH 1 bulan mendaftar (dari tarikh rasmi pendaftaran pertama politeknik) tertakluk kepada kelayakan akademik pelajar dan  kekosongan tempat.

 

 UNIT DISIPLIN

Fungsi Unit Disiplin adalah seperti berikut:-

 a) Merancang dan mengurus hal berkaitan disiplin pelajar.

 b) Memantau dan mengurus  hal-hal berkaitan pendaftaran kenderaan pelajar.

 c) Merekod dan mengemaskini notis kesalahan pelajar.

 d) Menjalinkan kerjasama dengan pihak luar berkaitan hal sahsiah/disiplin pelajar.

Pelaksanaan pengurusan disiplin pelajar PSA adalah tertakluk kepada Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976), Buku Panduan & Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dan Garis Panduan Sistem Mata dan Bonus.

Objektif Kualiti Disiplin

Memastikan peratusan pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib kurang daripada 1% dalam satu tahun di mana tindakan tatatertib ini hanya merujuk kes yang melibatkan prosiding atau didakwa oleh mahkamah luar melalui peruntukan akta.

Mana-mana pelajar yang dituduh atas suatu kesalahan jenayah, maka tindakan penggantungan politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(1) Akta 174 dan sekiranya pelajar didapati bersalah maka tindakan pemberhentian daripada politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(2) akta yang sama.

Jika pelajar ditahan atau dikenakan apa-apa perintah sekatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pencegahan atau keselamatan dalam negeri maka tindakan pemberhentian daripada politeknik boleh diambil ke atas pelajar menurut peruntukan subseksyen 14(3) Akta 174.

 

UNIT PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

Fungsi Unit Pengurusan Kolej Kediaman adalah seperti berikut:-

a) Menyediakan penempatan pelajar

b) Memantau pelajar yang masuk menjalani proses isolasi wajib

c) Menyediakan bilik @ aras blok bagi pelajar yang menjalani isolasi jika bilik di lodge tidak mencukupi.

d) Memastikan bilik pelajar serta kemudahan dalam keadaan baik

  

UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR

Fungsi Unit pembangunan pelajar adalah seperti berikut:

1) KEBAJIKAN

a) Memantau dan mengurus hal-hal berkaitan kebajikan pelajar.

b) Mengurus dan melaksana hal berkaitan biasiswa / tajaan / pinjaman pelajar

c) Mengurus hal-hal berkaitan tuntutan insurans pelajar.

 

2) MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

a) Merancang, mengurus, melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti pelajar.

b) Merancang, mengurus dan memantau Minggu Suai Kenal pelajar baharu.

c) Merancang, mengurus dan memantau pilihanraya kampus.

d) Memilih dan menyusun Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar.

 

3) SUKARELAWAN

a) Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kesukarelawanan PSA.

 

4) KLINIK KESIHATAN

a) Melakukan pemeriksaan dengan merekod sejarah kesihatan serta memberikan rawatan kepada pesakit.

b) Merancang dan mengurus aktiviti klinik serta memastikan bilik prosedur kemas.

c) Melakukan rawatan-rawatan yang biasa dan sederhana dan akan lakukan rujukan kes sekiranya kes yang teruk serta berjangka

d) Penyelenggaran peralatan perubatan dan bukan perubatan secara berkala.

 


CARTA ORGANISASI

 

HUBUNGI KAMI:

JABATAN  HAL EHWAL PELAJAR
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: psa.mypolycc.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903