Unit Jaminan Kualiti (UJK) dibentuk rentetan dari keputusan Perancangan Strategik I pada Jun 1997. Ia ditubuhkan hasil inisiatif pihak pengurusan atasan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi mendapatkan pensijilan MS ISO 9002 untuk mewujudkan budaya kerja cemerlang dikalangan warga PSA.

Objektif penubuhan unit ini adalah untuk menyelaras dan mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti ke arah memantapkan peranan warga PSA yang responsif, proaktif dan komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi. Tugas utama unit adalah merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan berterusan kearah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti PSA.

  1. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  2. Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di Jawatankuasa, Pemilik Proses, Jabatan, Bahagian dan Unit.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek sistem pengurusan kualiti serta menilai keberkesanannya bagi memupuk, menerap dan meningkatkan kefahaman amalan budaya kerja cemerlang ke atas setiap peranan yang diamanahkan.
  4. Menyelaraskan maklumat mengenai maklumbalas pelanggan serta menjalankan Kajian Kepuasan Hati Pelanggan (Staf).

UJK di bawah tanggungjawab Wakil Pengurusan yang merangkap Timbalan Pengarah PSA. Tugas UKD adalah menyelaraskan pelaksanaan sistem kualiti di PSA. Selaras dengan kewujudan PKD maka tertubuhnya Jawatankuasa Pemandu Kualiti (JPQ) dan Jawatankuasa Kerja Kualiti (JKKK) PSA. Kedua-dua jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai kualiti kepada semua warga PSA melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

JPQ dianggotai oleh semua Ahli Mesyuarat Pengurusan juga ahli PKD. Manakala JKKK dipengerusikan oleh Wakil Pengurusan dan dianggotai oleh pegawai kualiti di setiap jabatan induk dan jabatan sokongan PSA.

 

Hubungi Kami:-

UNIT JAMINAN KUALITI
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: psa.mypolycc.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903