16 OGOS 2022 - Seramai 14 kakitangan PSA membawa misi menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah. Mereka akan memulakan pendakian ke Laban Rata pagi esok sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung awal pagi Khamis. Majlis pelepasan dan penyerahan bendera disempurnakan oleh Pengarah PSA, Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail. Seluruh warga PSA mendoakan keselamatan semua pendaki. Semoga selamat menawan puncak Kinabalu!