5 NOVEMBER 2021: Muhammad Shaffuan Mustafa, pemenang tempat pertama pertandingan PolyCCTube 2021 menerima anugerah khas daripada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) sekali gus sah menjadi ahli berdaftar persatuan itu.Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) itu terpilih menerima anugerah tersebut apabila pihak FDAM yang juga merupakan antara juri profesinal PolyCCTube 2021 melihat bakat yang ada pada Muhammad Shaffuan melalui video yang dihasilkannya. Walaupun beliau bukan dari jurusan pengajian perfileman, namun bakat yang ada padanya sangat bernilai dan harus diketengahkan,” ujar Presiden FDAM Dr. Ahmad Ibrahim. “Sejak pandemik COVID-19 berlaku, banyak sesi pembelajaran dilakukan secara dalam talian. Kami melihat perlunya video-video pembelajaran dinaiktaraf. Para pensyarah juga perlu diberikan pendedahan serta kemahiran dalam penghasilan video interaktif yang lebih berinovatif,” Teks ucapan beliau disampaikan oleh timbalannya, Dato’ Zulkefli M Osman semasa Majlis Penyampaian Anugerah Pemenang PolyCCTube 2021 serta Sesi Sembang Santai FDAM bersama PSA yang diadakan di kampus PSA di Shah Alam pada 5 November 2021. Dalam majlis tersebut, Muhammad Shaffuan menerima piala, sijil serta kad keahlian FDAM. PolyCCTube 2021 adalah pertandingan menggunakan platform YouTube bagi mencungkil bakat pelajar dalam menghasilkan kandungan video yang berkualiti serta mempunyai mesej yang tersendiri. Muhammad Shaffuan muncul juara bagi kategori Bahasa Melayu melalui video Harmoni Malaysia yang diketuainya berdurasi 2 minit 40 saat. Video tersebut memaparkan keunikan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni walaupun terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya.