DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KAWALAN)

 

Sinopsis

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas Kejuruteraan Elektrik dan elektronik serta kemahiran yang khusus dalam sistem kawalan elektronik. Graduan dari program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas samada berkerjaya dengan kerajaan atau sektor swasta. Antara bidang kerjaya yang dapat menembusi pelajar adalah industri automobil, pengeluaran produk elektrik, elektronik dan separa pengalir. Graduan juga boleh bekerja dalam bidang Kejuruteraan bioperubatan, perunding kejuruteraan, kawalan mutu serta industri minyak dan gas.

Pelajar elektronik kawalan akan mendalami pelbagai kursus teknikal untuk membantu mereka mempersiapkan diri untuk menempuh kerjaya yang bakal mereka ceburi. Antara pengkhususan yang akan dipelajari adalah :

  • Elektronik industri
  • Sistem kawalan
  • Peralatan instrumentasi
  • Kawalan Motor
  • Robotik Bersepadu
  • Sistem mikrokomputer

 

Prospek Kerjaya

Pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka peroleh daripada program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Bengkel memproses peralatan
  • Pengatur cara dan kawalan proses automasi
  • Pembantu teknikal kawalan proses
  • Sokongan tapak teknikal
  • Juruteknik elektronik
  • Penolong Jurutera
  • Usahawan

 

Peluang Melanjutkan Pendidikan

  • Bachelor of Electronic Engineering Technology (Medical Electronic) With Honours
  • Bachelor of Engineering (Biomedical Electronic Engineering) Hons
  • Bachelor of Electrical Engineering with Honours
  • Bachelor of Robotics and Mechatronics Engineering (Honours)
  • Bachelor of Electrical Engineering (Instrumentation and Control)