DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (PERUBATAN)

 

Sinopsis

Program ini direka untuk meliputi disiplin luas dalam bidang kejuruteraan elektronik dan juga pengkhususan yang digunakan dalam bidang kejuruteraan bioperubatan. Pelajar Elektronik Perubatan berpeluang mengambil pelbagai kursus teknikal bagi membantu mempersiapkan diri mereka menjurus kepada kerjaya . Kursus pengkhususan dalam program ini adalah :

  • anatomi dan fisiologi
  • isyarat dan sistem
  • pengukuran isyarat bioperubatan
  • instrumentasi bioperubatan
  • pengimejan perubatan
  • amalan sistem perubatan

 

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam kejuruteraan perubatan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya di bidang tersebut. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Juruteknik Kejuruteraan Bioperubatan
  • Juruteknik Peralatan Bioperubatan
  • Juruteknik Elektronik
  • Penolong Teknikal
  • Penolong Jurutera
  • Penolong Jurutera Junior
  • Jualan & Teknikal
  • Usahawan

 

Peluang Melanjutkan Pendidikan

Apabila anda telah melengkapkan Diploma, anda boleh memilih sama ada untuk mula bekerja atau meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda berkaitan seperti:

  • Bachelor Of Electronic Engineering Technology (Medical Electronic) With Honours
  • Bachelor of Engineering (Biomedical Electronic Engineering) Hons
  • Bachelor of Electrical Engineering with Honours
  • Bachelor of Robotics and Mechatronics Engineering (Honours)