DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

 

Apa itu Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal adalah program tiga tahun untuk pelajar lepasan SPM untuk menghasilkan graduan yang holistic yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang kejuruteraan mekanikal untuk bersedia dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerja di industri bidang kejuruteraan, pembuatan, aero angkasa, automotif, pengangkutan, rekabentuk kejuruteraan dan keusahawaan.

 

Nilai tambah sebagai pelajar:

  • Komunikasi
  • Keusahawanan
  • Sukan / Kokurikulum
  • CSR (Kebangsaan / Antarabangsa)
  • Persatuan Pelajar
  • Kebudayaan
  • Latihan Industri dengan organisasi-organisasi seperti Panasonic, Proton dan lain-lain
  • Program yang bertauliah (diiktiraf oleh ETAC dan MQA) yang membolehkan graduat melanjutkan pengajian Sarjana Muda di institusi universiti awam di dalam dan luar negara.

 

Kemudahan yang disediakan

  • Ditawarkan penginapan di Kamsis Politeknik sepanjang semester
  • Pensyarah yang kompetan
  • Fasiliti pembelajaran yang lengkap
  • Bantuan Kewangan (biasiswa) dari Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Persatuan Pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah