SIJIL KEMAHIRAN PENYENGGARAAN MEKANIKAL

 

Apa itu Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal

Program Sijil Kemahiran Penyenggaraan Mekanikal adalah program dua tahun untuk pelajar lepasan Tingkatan Lima Sekolah Pendidikan Khas yang bermasalah pendengaran. Program ini dirangka untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang senggaraan mekanikal dan melengkapkan diri untuk bersedia dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerja di industri bidang Kimpalan, Penyaman Udara, Automotif, Pemesinan, Senggaraan Mekanikal dan Elektrik, Rekabentuk Kejuruteraan dan Keusahawanan.

 

Nilai tambah sebagai pelajar:

  • Komunikasi
  • Keusahawanan
  • Sukan / Kokurikulum
  • CSR (Kebangsaan / Antarabangsa)
  • Persatuan Pelajar
  • Kebudayaan

 

Kemudahan yang disediakan

  • Ditawarkan penginapan di Kamsis Politeknik sepanjang semester
  • Guru Resos dan Jurubahasa Isyarat
  • Pensyarah yang kompetan
  • Fasiliti pembelajaran yang lengkap
  • Bantuan Kewangan (biasiswa) dari Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Persatuan Pelajar Pekak Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah