8 Mac 2024, PPro dan PKI telah melaksanakan bengkel 1-program pementoran sehingga sept 2024 akan datang.
 
Pementoran merupakan proses latihan dan pembelajaran interaktif yang berterusan antara mentor dan menti. Menti menerima pandangan, nasihat, perkongsian pengalaman dan bimbingan khusus daripada mentor, sementara mentor perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bagi membantu menti mencapai matlamat perhubungan pementoran. Pelaksanaan Pementoran mengikut pelaksanaan kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022) : Panduan Perlaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
 
Objektif Program Pementoran dalam perkhidmatan awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional yang diberikan oleh mentor kepada menti dengan objektif supaya penjawat awam kompeten dari segi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baharu dan dinaikan pangkat.
 
Konsep Pementoran merupakan perhubungan bermakna yang dibina antara mentor dan menti di mana Mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman diri, memberitahu keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara Menti dapat mempelajari ilmu, nilai dan pengalaman tersebut dan memindahkannya dalam realiti pekerjaan dan kehidupan.
 
Sosial Media Rasmi PSA :