25 OGOS 2024 - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Seeds@PSA hari ini menyerahkan katil hospital untuk kegunaan dua penduduk Kampung Bendang Siam, Changkat Jering, Perak.

Pengarah PSA, Puan Zainah Rujihan serta Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PSA Encik Muhammad Faiz Abdullah menyerahkan katil tersebut kepada Puan Hawa Muhammad, 72, yang menghidapi kencing manis dan penyakit lain serta merupakan oku pendengaran.
 
Penerima kedua, Puan Habsah Syafie, 42, merupakan ibu tunggal yang menghidapi radang sendi dan masalah paru-paru.
 
Turut serta dalam rombong Santuni Madani ini ialah Penghulu Mukim Bukit Gantang Encik Muhamad Fadzil Abd Mutalib, Pengarah Kolej Komuniti Batu Gajah Encik Mohd Fadzil Ibrahim serta pegawai-pegawai PSA dan POLYCC Zon Perak.
 
Selain penyerahan katil hospital turut disampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan harian.
 
Program Santuni Madani antaranya bertujuan berkongsi kepakaran dan keprihatinan warga POLYCC kepada komuniti.
 
Untuk rekod Kampung Bendang Siam merupakan kampung kelahiran Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Zahari Ismail.
 
Semoga sumbangan tersebut dapat memberi manfaat kepada penerima serta keluarga.
 
Seeds@PSA merupakan sebuah pertubuhan social entreprise berasaskan kepada hub peralatan sokongan kesihatan melalui perkhidmatan pengumpulan, baik pulih dan penyewaan katil hospital wakaf bagi membantu warga tua dan pesakit kronik yang memerlukan.