Pada 17 Mei 2024, sesi perkongsian yang bertajuk "Exploring the Structure of Takaful Market" telah dijalankan oleh pelajar-pelajar Diploma Insurans. Sesi tersebut bertujuan untuk mendalami pemahaman mengenai struktur pasaran takaful di Malaysia. Pelajar-pelajar telah diberi perkongsian info berkaitan aspek-aspek penting seperti peranan operator takaful, dewan penasihat syariah dan konsep re-takaful, sambil didedahkan dengan trend dan isu-isu semasa dalam industri takaful negara. Ini adalah langkah penting dalam memperluaskan kesedaran mengenai takaful dalam konteks kewangan Islam di Malaysia.