22 FEBRUARI 2023 - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menjalani proses verifikasi folio dan pembentangan Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT) bagi pentauliahan Diploma Kemahiran Malaysia Pengajar TVET. Proses ini merupakan salah satu syarat untuk kelayakan sebagai Pengajar melibatkan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
Proses verifikasi dinilai oleh Ts. Azhar Bin Abdul Rahman dari Kolej Vokasional Batu Pahat sebagai Pegawai Pengesah Luaran daripada wakil Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Syabas dah tahniah kepada pensyarah yang terlibat terhadap komitmen yang diberikan bagi memastikan pelajar DKM mendapat program Dual Certification.
Media Sosial Rasmi PSA :