PENGENALAN KAMSIS
PENGENALAN KAMSIS POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
KAMSIS PSA merupakan kemudahan penginapan yang disediakan oleh Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) kepada para pelajar. PSA telah ditubuhkan pada awal tahun 1997 dan mula menerima pengambilan pelajar pertamanya pada 1 Julai 1997. Pengurusan KAMSIS berada di bawah seliaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) melalui Unit Pengurusan Kolej Kediaman (UPKK)
Struktur pengurusan KAMSIS terdiri daripada:
- Penolong Pegawai Tadbir
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
- Warden Asrama
Terdapat tiga (3) blok kolej kediaman yang dikenali sebagai:
- KAMSIS Aman
- KAMSIS Damai
- KAMSIS Sentosa
Keseluruhan Kamsis PSA menyediakan 636 buah bilik, mampu menempatkan seramai 1,272 penghuni dalam satu-satu masa. Pengambilan penghuni asrama dilaksanakan dua kali setahun, iaitu bagi Sesi 1 dan Sesi 2.

KAMSIS
KAMSIS AMAN
Pelajar yang tinggal di Kamsis PSA akan menikmati pelbagai kemudahan seperti:
- Pusat Islam – untuk aktiviti keagamaan
- Klinik Kesihatan – rawatan kesihatan asas
- Kafeteria – makanan dan minuman
- Pusat Sukan dan Riadah – kemudahan bersukan dan bersantai
- Bilik TV – untuk tontonan dan rehat
- Mini Koperasi (KOPSA) – menjual barangan keperluan harian
- Bilik mandi, tandas dan bilik basuh pakaian
- Mesin basuh berbayar (dobi layan diri)
- Perabot lengkap – katil, tilam, almari, meja belajar dan kerusi
KAMSIS DAMAI

KAMSIS SENTOSA

CARTA ORGANISASI
CARTA ORGANISASI UPKK

CARTA ORGANISASI WARDEN KAMSIS

SENARAI WARDEN 2025

PERMOHONAN RAYUAN MENDUDUKI KAMSIS
PERMOHONAN RAYUAN MENDUDUKI KAMSIS SESI I 2025/2026 |
|
|
- Bagi pelajar yang berminat untuk menghuni Kamsis bagi SESI I 2025/2026, permohonan secara rasmi hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Rayuan Menduduki KAMSIS K7-PK-03(L1) seperti lampiran di bawah.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke Pejabat Unit Pengurusan Kolej Kediaman (UPKK) dan dicetak dalam bentuk satu helaian kertas sahaja (depan dan belakang).
- Pelajar yang memohon dan mengisi borang perlu mematuhi beberapa perkara seperti berikut :
|
|
a)satu (1) keping gambar berukuran passport
b)Salinan Slip Gaji (Bapa/Ibu/Penjaga) hendaklah dipalang dan ditulis Kegunaan Rayuan Kamsis sahaja. Sekiranya pihak (Bapa/Ibu/Penjaga) tidak mempunyai slip gaji, pelajar hendaklah mengisi Borang Pengesahan Pendapatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Unit Pengurusan Kolej Kediaman (UPKK) sahaja serta perlulah mendapatkan pengesahan*.
c)Borang Permohonan Rayuan Menduduki KAMSIS K7-PK-03(L1) hendaklah diisi dengan lengkap. Kegagalan mematuhi arahan yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan yang dihantar tidak akan diproses. Keputusan rasmi permohonan akan dimaklumkan di laman Web PSA.
|
*PENGESAHAN hanya boleh dibuat sama ada oleh Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A), Pengamal Udang-undang, Pesuruhjaya sumpah, Jaksa Pendamai, Pengetua, Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Imam, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim yang bertauliah.
|
KEPUTUSAN RAYUAN MENDUDUKI KAMSIS