Unit Pengurusan Psikologi (UPP) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan unit sokongan akademik yang mana berfungsi dalam membantu pembangunan dan kemahiran insaniah bagi para pelajar dan juga kakitangan. Buat masa ini, UPP terdiri daripada 3 orang pegawai psikologi dan merupakan salah satu unit di bawah pengawasan Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).Matlamat unit ini adalah membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik, sosial, peribadi, spiritual dan kerjaya melalui perancangan, pelaksanaan, penilaian dan pengawalan Program Perkhidmatan Psikologi dan Kerjaya secara berkesan di Politeknik.
Pada tahun 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 29 Tahun 2007 iaitu perubahan Skim Perkhidmatan Kaunselor dan Penolong Kaunselor kepada Pegawai Psikologi dan Penolong Pegawai Psikologi. Sehubungan itu, unit yang dikenali sebagai Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) di Politeknik kini telah berubah wajah dan dikenali sebagai Unit Psikologi dan Kerjaya (UPP) selaras dengan penempatan Pegawai Psikologi bagi menggantikan jawatan Pegawai Kaunseling oleh pihak JPA ke Kementerian Pengajian Tinggi di setiap Politeknik di seluruh Malaysia.
Visi dan Misi
VISI : Melahirkan Graduan TVET berkualiti dalam aspek psikologi
MISI : Menyediakan perkhidmatan pengurusan psikologi berdasarkan Aplikasi Psikologi dalam Pembangunan, Penilaian, Penyelidikan dan Intervensi
Pegawai Psikologi

Perkhidmatan
Di Unit Pengurusan Psikologi, terdapat Pegawai Psikologi yang bertugas sepenuh masa untuk memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
Di antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :
1. Kaunseling individu
2. Kaunseling Kelompok
3. Bimbingan/ Kaunseling Kerjaya
4. Kosultasi & perundingan
5. Bimbingan
6. Intervensi & pengurusan krisis
7. Penilaian Psikologi
8. Aktiviti & program pembangunan dan pencegahan
e-PsychologyPSA
Sistem Aplikasi Psikologi atau e-PsychologyPSA merupakan medium alternatif Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dalam penyampaian perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara menyeluruh kepada warga PSA.
Sistem Aplikasi Psikologi atau e-PsychologyPSA ini diwujudkan selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan perkhidmatan dalam talian yang interaktif dan menjadi salah satu platform kepada pengguna mendapatkan perkhidmatan.
Kewujudan aplikasi ini juga berikutan keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020. Platform ini telah menjadi medium utama dalam penyaluran maklumat dan penyampaian perkhidmatan termasuk informasi semasa psikologi dan kaunseling.
Perkhidmatan e-PsychologyPSA telah mencatat lebih dari 1000 orang pengguna yang telah melayari https://bit.ly/epsychologypsa
e-PsychologyPSA menawarkan perkhidmatan seperti ujian psikologi, kit psikologi, self care, motivational talk dan lain-lain.
Untuk maklumat lajut, layari https://bit.ly/epsychologypsa
“ JOM !!! layari sekarang