JPPKK dan PSA Adakan Lawatan Industri ke TXMR Sdn. Bhd.
 
14 FEBRUARI 2023 - Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail bersama pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) YBrs. Dr. Norhayati binti Zakaria hari ini mengadakan lawatan industri ke TXMR Sdn. Bhd. di Cheras, Kuala Lumpur.
 
Lawatan tersebut bertujuan membincangkan mengenai beberapa perkara antaranya penempatan pelajar untuk latihan industri dan peluang kerjaya bagi graduan selain meneroka potensi kerjasama lain antara kedua-dua pihak.
 
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Govarnan) JPPKK Encik Kamaludin bin Daud, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSA Ts. Dr. Ahmad Aftas bin Azman serta pegawai-pegawai daripada JPPKK dan PSA.