15 OGOS 2022 - Pasukan badminton POLITEKNIK MALAYSIA berjaya melangkah ke pentas akhir kejohanan SUKIPT 2022 melalui acara beregu campuran. Gandingan Lye Jun Yew (PUO) /Yeshveeni (PTSB) berjaya mencipta sensasi dengan menundukkan pemain pilihan untuk menempah tiket ke pusingan akhir. Pasukan ini dipimpin oleh Mohd Hariz Samian (PSA) selaku pengurus dan ketua jurulatih serta dibantu dua jurulatih berpengalaman Mohamad Jojohannif Saha Cheiryl Saha (alumni) dan Raby Mohamad (PKS). Semoga impian menggapai emas terlaksana esok!