Kick Off sambutan Bulan Akademia peringkat Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
 
5 OKTOBER 2023 – Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Dr. Ahmad Aftas bin Azman menyempurnakan Kick Off sambutan Bulan Akademia peringkat Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, PSA.
 
Turut hadir Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ts. Mohd Firdauz bin Mhd Radzi, Ketua Pusat Pengurusan Strategik Dr. Nazratulhuda binti Awang@Hashim serta Ahli Mesyuarat Pengurusan PSA.
 
Sempena Hari Akademia yang disambut pada 5 Oktober setiap tahun, PSA telah merangka pelbagai program sepanjang Oktober tahun ini. Antaranya Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah & Politeknik Caltex Riau, Indonesia Youth Development and Cultural Programme, Webinar Persediaan Pena, CSR-Generate The Great Generation, Pengenalan Kepada Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Industri Pemesinan, FGD: TVET Tahfiz Talk 2023 dan banyak lagi.
 
Jom ikuti kami sepanjang Oktober ini dan kenali dengan lebih dekat dunia akademia TVET di PSA.
 
‘Akademia Pemacu Malaysia MADANI’