SOALAN LAZIM
|
|
PERMOHONAN MENJADI TENAGA PENGAJAR POLITEKNIK? |
Semua permohonan untuk menjadi tenaga pengajar di politeknik seluruh Malaysia adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Permohonan adalah secara online ( http://www.spp.gov.my ) . Tuan/Puan boleh melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia untuk tujuan permohonan.Politeknik hanya menerima pensyarah yang telah dilantik oleh Suruhanjaya ini.
|
|
BERAPAKAH YURAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK? |
Bayaran yuran kemasukan adalah seperti berikut:
- Yuran Pengajian : RM200.00 per semester
- Yuran Asrama : RM60.00 per semester
- Yuran Pendaftaran : Anggaran RM600.00
|
|
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURSUS SECARA SAMBILAN(KSS)? |
♣ Pengenalan Program pengajian separa masa memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti kuliah di hujung minggu serta menambah pengetahuan, kemahiran dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep "Learn As You Earn".
|
|
♣ Tempoh Pengajian dan Waktu Kuliah Program ini akan dilaksanakan selama 8 hingga 10 semester dan kuliah dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad kecuali pada minggu cuti semester dan cuti pelepasan am yang jatuh pada hari tersebut.
|
|
♣ Yuran Pengajian Yuran pengajian untuk satu semester dianggarkan RM 1,000 ke RM 1,500 bergantung kepada program dan jumlah jam kredit. Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pengeluaran simpanan akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
|
|
|
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SAYA MENDAPATKAN SIJIL DIPLOMA DAN SIJIL KEPUTUSAN SETIAP SEMESTER SAYA DI POLITEKNIK? INI ADALAH KERANA SEMUA SIJIL-SIJIL SAYA TELAH TERBAKAR/HILANG KERANA BANIR/LAIN-LAIN, DAN SAYA SANGAT MEMERLUKAN SIJIL-SIJIL INI UNTUK PROSES MENCARI PEKERJAAN. |
Tuan/Puan boleh mendapatkan salinan dokumen peperiksaan tuan dari Unit Peperiksaan dengan mengemukakan surat permohonan rasmi kepada Pegawai Peperiksaan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam.
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pegawai di Unit Peperiksaan di nombor talian terus pada waktu pejabat iaitu, 0351634155 atau 03-51634153 / 4039 / 4152 (Unit Peperiksaan)
|
|
SAYA MEMILIKI SIJIL PENGURUSAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN. SAYA INGIN MENYAMBUNG PENGAJIAN DIPLOMA DI POLITEKNIK, TETAPI SAYA MENDAPAT KURANG DARIPADA 2 KREDIT DALAM SPM DAN HANYA LULUS BAHASA MALAYSIA. BOLEHKAH SAYA MELANJUTKAN PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DI POLITEKNIK? |
Terima kasih kerana tuan/puan berminat untuk menyambung pengajian di politeknik. Untuk mengetahui tentang maklumat lanjut serta syarat-syarat kemasukan kemasukan ke politeknik sila layari laman sesawang https://www.mypolycc.edu.my
|
|
BOLEHKAH SAYA MENYEWA DEWAN DI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)? |
Penggunaan dewan lebih diutamakan untuk kegunaan PSA sahaja. Sewaan hanya diberi mengikut harga yang ditetapkan oleh Pekeliling yang sedang berkuatkuasa. Keutamaan diberi kepada Jabatan Kerajaan sahaja.
|
|
DIMANAKAH LOKASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH(PSA)? |
|
APAKAH JENIS KURSUS YANG DITAWARKAN DI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH(PSA) DAN BAGAIMANA KAEDAH PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK KPT? |
|
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBUKA RERUAI/BOOTH DI PSA? |
Anda perlu hubungi Unit Keusahawanan PSA di talian 03-51634092.
|
|