Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam terletak di tanah seluas 112 ekar yang terletak di negeri Selangor. PSA adalah politeknik ke-8 di Malaysia di bawah Program Bank Dunia dan memulakan operasi pada Januari 1997. PSA memulakan sesi pertamanya  dengan  640 pelajar pada bulan Julai 1997.

Lokasinya yang strategik, bersama dengan komitmen dan dedikasi warganya, telah menjadikan PSA Politeknik dinamik, selaras dengan perkembangan akademik dan pembangunan infrastruktur. PSA telah menjadi politeknik pertama yang mempunyai pensijilan MS ISO 9002: 1994 dari SIRIM pada bulan September 1999 dan kemudiannya ditukar kepada  MS 9001: 2000 pada tahun 2002.

Pada tahun 2002, PSA menukar nama dari Politeknik Shah Alam kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersempena dengan nama DYMM Yang Dipertuan Agong XI yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Mac 2002.

Dengan 6 jabatan akademik yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Sains Matematik & Komputer dan Jabatan Pengajian Am, PSA bersedia menawarkan kursus-kursus berkualiti melalui staf akademik yang profesional dan terlatih.

 

MOTO / MOTTO

PSA : Politeknik Pilihan Utama

PSA : The Preferred Polytechnic

 

VISI / VISION

Menjadi Peneraju Institusi TVET yang Unggul

To be the Leading-Edge TVET Institution

 

MISI / MISSION

 Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf

To provide wide access to quality and recognized TVET programmes

Melahirkan graduan holistic, berciri keusahawanan dan seimbang.

To develop holistic, entrepreneurial and balanced graduated

 Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak yang berkepentingan

To capitalise on smart partnership with stakeholders

 Memperkasakan komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat

To empower communities through lifelong learning