Unit Jaminan Kualiti dan Pengurusan Risiko
Pengenalan:
Unit Jaminan Kualiti dan Pengurusan Risiko (UJK) dibentuk rentetan dari keputusan Perancangan Strategik I pada Jun 1997. Ia ditubuhkan hasil inisiatif pihak pengurusan atasan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi mendapatkan pensijilan MS ISO 9002 untuk mewujudkan budaya kerja cemerlang dikalangan warga PSA.
Objektif penubuhan unit ini adalah untuk menyelaras dan mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti ke arah memantapkan peranan warga PSA yang responsif, proaktif dan komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi. Tugas utama unit adalah merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan berterusan kearah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti PSA.
Fungsi:
- Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.
- Merancang dan melaksanakan urusan akreditasi program pengajian dan institusi secara berterusan bagi tujuan memenuhi keperluan akreditasi atau piawaian badan-badan profesional lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di Jawatankuasa, Pemilik Proses, Jabatan, Bahagian dan Unit.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek sistem pengurusan kualiti serta menilai keberkesanannya bagi memupuk, menerap dan meningkatkan kefahaman amalan budaya kerja cemerlang ke atas setiap peranan yang diamanahkan.
HUBUNGI KAMI:
UNIT JAMINAN KUALITI
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: psa.mypolycc.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903