LATAR BELAKANG
Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah salah sebuah jabatan sokongan yang berperanan sebagai koordinator kurikulum Bahasa Inggeris, Matapelajaran Umum dan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran. JPA bertanggungjawab membantu jabatan induk dalam perlaksanaan kurikulum dan pentadbiran secara keseluruhannya. Jabatan ini terdiri daripada Unir Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.
Unit Bahasa Inggeris
Unit Bahasa Inggeris bertanggungjawab dalam melahirkan pelajar yang berkebolehan berbahasa Inggeris dalam memenuhi tuntutan keperluan semasa dan persediaan menempuh alam pekerjaan. Di samping itu juga, unit ini menjalankan pendaftran peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) dan menyediakan kelas serta pusat peperiksaan tersebut.
Unit Pendidikan Islam
Unit Pendidikan Islam pula memfokuskan pembinaan sahsiah pelajar dengan penerapan nilai-nilai murni melalui kurus-kursus yang dilaksanaan semasa pengajian. Unit ini bertanggungjawab dalam melaksanakan kursus-kursus matapelajaran umum untuk semua pelajar jabatan induk.
Kursus
| KURIKULUM | PERINGKAT | KOD & NAMA KURSUS |
| Bahasa Inggeris | Diploma | DUE10112 Communicative English 1 |
| DUE30122 Communicative English 2 | ||
| DUE50032 Communicative English 3 | ||
| DUE50132 Communicative English 3 | ||
| DUE10062 Technical English 1 | ||
| DUE30072 Technical English 2 | ||
| DUE50082 Technical English 3 | ||
| Ijazah Sarjana Muda | MPU32023 Presentation Skills | |
| BUE20073 English for Academic Writing | ||
| BUE30093 English for Engineering and Technology | ||
| BUF10022 Mandarin | ||
| Matapelajaran Umum | Sijil | MPU01012 Pendidikan Islam |
| MPU01022 Pendidikan Moral | ||
| Diploma | MPU21072 Penghayatan Etika dan Peradaban | |
| MPU23182 Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam | ||
| MPU23152 Pengajian Islam | ||
| MPU23172 Nilai Masyarakat Malaysia | ||
| MPU22071 Kursus Integriti dan Anti Rasuah | ||
| MPU22212 Bahasa Kebangsaan A | ||
| Ijazah Sarjana Muda | MPU31072 Falsafah dan Isu Semasa | |
| MPU31082 Penghayatan Etika dan Peradaban | ||
| MPU33051 Kursus Integriti dan Anti Rasuah |
Techno-Huffaz
Techno-Huffaz adalah program yang dilaksanakan di bawah JPA bagi melahirkan graduan TVET yang global dan holistik. Program ini melayakkan pelajar untuk mendapatkan Pensijilan Tahfiz Al-Quran yang mana ianya adalah kerjasama antara Politeknik Malaysia dengan pihak Darul Quran. Program ini merupakan nilai tambah kepada pelajar kerana mereka akan menghafal 30 juzuk Al-Quran sepanjang pengajian. Program ini juga adalah salah satu pendidikan Islam sepanjang hayat yang dilaksanakan di politenik bermula Sesi Jun 2017. Pada awalnya, program ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil Diploma Pengajian Perniagaan sahaja tetapi seterusnya diperluaskan kepada pelajar jurusan lain pada Sesi Jun 2019.

BORANG MANUAL KEMASUKAN KE POLITEKNIK
HUBUNGI KAMI:
JABATAN PENGAJIAN AM
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: psa.mypolycc.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903