PUSAT TEKNOLOGI MULTIMEDIA (CMT) merupakan sebuah pusat yang bertanggungjawab dalam menguruskan penghasilan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk digital dan interaktif bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum. Pusat ini terdiri dari 2 unit iaitu Unit e Pembelajaran (UeL) dan Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia (UIDM).
Unit e Pembelajaran (e Learning Unit)
- Merancang pembangunan e Pembelajaran di peringkat politeknik.
- Menyelia dan membimbing pembangunan bahan e Pembelajaran dikalangan pensyarah politeknik.
- Membudayakan dan mempergiatkan penggunaan e Pembelajaran dalam pengajaran pensyarah dengan mengadakan kursus-kursus dan latihan-latihan yang bersesuaian.
- Melaporkan pencapaian pembangunan e Pembelajaran di politeknik ke peringkat pengurusan politeknik.
Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia (UIDM)
- Membekal, merekod dan menyediakan peralatan dan bahan di dalam proses untuk membangunkan bahan interaktif dan multimedia.
- Menyediakan perkhidmatan dan peminjaman peralatan Audio Visual , Siaraya Dan Multimedia.
- Membantu dalam membangunkan bahan e-Pembelajaran bagi keperluan politeknik.
- Membantu membuat liputan pengambaran video semua aktiviti di dalam dan luar politeknik.
- Menyediakan rekabentuk dan layout grafik bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan pameran dan percetakan berasakan teknologi multimedia.
HUBUNGI KAMI:
PUSAT TEKNOLOGI MULTIMEDIA
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: psa.mypolycc.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903