Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Program Latihan Industri adalah komponen wajib di dalam Kurikulum Politeknik yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pelajar-pelajar peringkat sijil dan diploma dikehendaki menjalani latihan industri selama 20 minggu sebelum menamatkan pengajian. Jumlah kredit yang dianugerahkan di dalam program latihan industri adalah 10 jam kredit untuk latihan lapangan, pembentangan, temuduga dan juga laporan penulisan latihan. Pelajar-pelajar adalah diharapkan untuk menimba pengalaman di dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, pentadbiran, perakaunan, pengurusan, keselamatan dan sebagainya sepanjang tempoh latihan industri tersebut.

Di antara objektif latihan industri ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di dalam pelbagai persekitaran pekerjaan sebenar. Para pelajar diharapkan dapat mencapai objektif berikut selepas menjalani latihan industri.

  1. Berkebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
  2. Berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif.
  3. Berkebolehan untuk bekerja dalam pasukan.
  4. Mempamerkan pemahaman tentang tanggungjawab profesional dan beretika.
  5. Berkebolehan untuk menulis dokumen teknikal dan membuat pembentangan tentang hasil kerja yang telah di sempurnakan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Pengurusan penempatan pelajar di industri yang berkaitan dengan bidang program yang diikuti. Mengendalikan penempatan pelajar dari 4 jabatan utama iaitu;
    • Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)
    • Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
    • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
    • Jabatan Perdagangan (JPG)
  1. Menjalinkan kolaborasi dengan pihak industri dalam meningkatkan hubungan di antara institusi dengan pihak luar.

 

HUBUNGI KAMI:


UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Seksyen U1, Persiaran Usahawan,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Laman Web: psa.mypolycc.edu.my
Telefon : +603-5163 4000
Faks : +603-5569 1903