LAWATAN PENANDA ARAS CIAST KE PSA
 
8 JUN 2023 - Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) hari ini mengadakan lawatan penanda aras ke PSA bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mengenai pembangunan pelan latihan tenaga pengajar dan pelaksanaan latihan peningkatan kompetensi di PSA.
 
Turut dibincangkan pelaksanaan e-pembelajaran serta aspek pengurusan dan pentadbiran.
 
Deligasi yang diketuai pengarahnya Puan Zuleah Darsong kemudiannya dibawa melawat ke bengkel Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, e-learning serta Maker Space.
 
Turut hadir Pengarah PSA Dr. Norhayati Zakaria serta Pengurusan PSA dan CIAST.