ย ย 
ย ย 
ย 
ย 
ย 
17 Mei 2026 | Majlis Perasmian Kem Tahunan dan Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia (MalPFiBAC) Ke-5 Tahun 2026 telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Dr. Ahmad Aftas bin Azman, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Penguasa Kanan Bomba II En. Mohd Fadzil bin Yusof, Penolong Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor; YBrs. Encik Mohd Khairul Muadzim bin Hashim, Pensyarah kanan menjalankan tugas Timbalan Pengarah Sokongan Akademik; Penguasa Bomba (PgB) Mohd Fairu bin Shaรคri dan YBrs. En Latib bin Ahmad, Ketua Sekretariat Bridged BOMBA Politeknik Malaysia serta AMT PSA.
ย 
Majlis ini diadakan sempena penganjuran Kem Tahunan dan Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia(MalPFiBAC) Ke-5 Tahun 2026 yang akan berlangsung dari 17 Mei hingga 21 Mei 2026. Sesi penutup bagi pengajuran program ini akan diadakan pada 21 Mei 2026.
ย 
PSA telah diberi mandat untuk kali yang kedua sebagai tuan rumah dalam penganjuran program ini. Pada tahun 2022 PSA telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah dan pada masa itu program ini dinamakan Majlis Pentaulihan Pasukan Briged Bomba Malaysia sebelum dijenamakan semula pada tahun 2025 kepada Kem Tahunan dan Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia (MalPFiBAC).
ย 
Majlis perasmian ini diadakan bagi mengalu-alukan kehadiran semua para peserta dari Politeknik Malaysia yang akan bersama-sama turut serta dalam program yang akan berlangsung selama lima (5) hari ini. Seramai 303 wira dan wirawati dari 9 politeknik akan menghadapi cabaran-cabaran dalam program kali ini. Selain PSA politeknik lain yang terlibat adalah Politeknik Nilai (PNS), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Politeknik Merlimau (PMM), Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG), Politeknik Seberang Perai (PSP), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS),
ย 
Selamat maju jaya kepada semua wira dan wirawati.
ย 
Pantang undur sebelum berjuang, pantang kalah sebelum bertanding.
ย 
๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ
ย 
ย 
ย