1 OGOS 2022 - Majlis Pra Perasmian Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia 2022 disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Ts Roseman bin Mat Jidin bertempat di Dewan Al Jazari, PSA.Seramai 70 pelatih briged bomba daripada 5 buah Politeknik Malaysia berkampung di PSA selama 4 hari bagi menjalani latihan kawad kaki sebagai persediaan majlis pentauliahan yang akan diadakan pada 4 Ogos 2022.