[ NATIONAL TVET BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM) COMPETITION 2024 ]
 
Muhammed Alif Ismail pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan National TVET Building Information Modelling (BIM) Competition 2024 sekali gus membawa pulang sijil serta wang tunai.
 
Selain Muhammed Alif, PSa turut diwakili Ahmad Syukri Azmi dan Muhamad Hafizam Mazlan serta diiringi Ketua Jurulatih Md Alimi Yasinan dan Jurulatih Abdul Razli Abdul Rahim.
 
BIM Competition 2024 yang berlangsung di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun pada 19 hingga 20 Mei 2024 disertai seramai 20 peserta dari 7 buah politeknik seluruh Malaysia.