13 FEBRUARI 2023 - Puan Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), YBrs. Dr. Norhayati binti Zakaria hari ini memulakan tugas secara rasmi di PSA.
 
Beliau mengadakan pertemuan dengan barisan Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Timbalan Pengarah Akademik Ts. Roseman bin Mat Jidin membentangkan taklimat keseluruhan mengenai PSA.
 
Dr. Norhayati dilantik secara rasmi sebagai Pengarah PSA berkuatkuasa pada 7 Februari 2023 menggantikan Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.