





Shah Alam, 2 Mei 2025 – Satu bengkel literasi maklumat dan promosi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah berjaya dianjurkan oleh Perpustakaan Ibnu Khaldun PSA bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ideal Heights. Program ini berlangsung di Pusat Sumber Hamzah Fansuri sekolah tersebut dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Bengkel ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca dan meningkatkan kemahiran literasi maklumat dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Para pegawai dari Perpustakaan Ibnu Khaldun PSA telah berkongsi pelbagai teknik dan sumber untuk mencari serta menilai maklumat dengan berkesan, selain memperkenalkan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh perpustakaan PSA.
Menurut Pustakawan Perpustakaan Ibnu Khaldun PSA, Pn. Syarifah Azmirina binti Syed Baniamin - program ini adalah sebahagian daripada inisiatif jalinan kerjasama komuniti dan pendidikan tinggi untuk menyemai minat membaca dan memperkenalkan pelajar kepada kepentingan kemahiran maklumat dalam dunia digital masa kini.
Pelajar-pelajar SMK Ideal Heights turut menunjukkan minat yang tinggi dan aktif menyertai sesi interaktif yang dijalankan sepanjang bengkel. Mereka juga berpeluang mengenali lebih dekat dunia pengajian tinggi dan sumber pembelajaran yang boleh dimanfaatkan.
Program seperti ini diharap dapat diteruskan di masa akan datang sebagai usaha berterusan untuk membentuk generasi celik maklumat dan berpengetahuan tinggi.
#literasi #promosi #FYP #gengpolycc #MalaysiaMadani #polycc #welovepsa #pssaas #welovepolycc #politekniksultansalahuddinabdulazizshah #passionatesynergizeagile #ThrivingThroughChange
Sosial Media Rasmi PSA :
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://www.youtube.com/@PSATV2021