KOLABORASI

 

Kerjasama pintar antara rakan industri dengan institusi pendidikan tinggi dapat membantu meningkatkan kualiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) bagi memacu Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun-tahun yang akan datang. Maka, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti  telah mensasarkan politeknik untuk menjalinkan jaringan kolaborasi yang luas dengan pihak industri dan sehubungan itu, menghasilkan graduan berkualiti yang memenuhi keperluan industri  dan guna tenaga negara.  

Kolaborasi yang telah dipersetujui antara rakan industri dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu merupakan hala tuju strategik meliputi bidang utama iaitu Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Perdagangan. Persetujuan kolaborasi itu juga adalah hasil kerjasama strategik yang bakal memberikan impak keuntungan jangka panjang terutamanya dalam membangunkan sumber tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan serta kompetitif dalam persekitaran perhubungan perusahaan di industri.