PENGENALAN SKPG

        Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited melahirkan graduan berkemahiran, berdaya saing dan relevan dengan keperluan industri. Perubahan ekonomi global, teknologi dan landskap pekerjaan menuntut graduan lebih fleksibel dalam menyesuaikan diri. Bagi menilai kebolehpasaran graduan, KPT melaksanakan Kajian Pengesanan Graduan setiap tahun untuk mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai kadar bekerja, maklumat pekerjaan, sektor industri, tahap pendapatan dan kemahiran serta faktor graduan belum bekerja.

 

       Kajian Pengesanan Graduan (KPG) dilaksanakan oleh KPT bagi mengumpul maklumat kadar bekerja graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia, termasuklah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Kajian ini penting untuk menilai peluang pekerjaan, keperluan industri dan kesesuaian bidang pengajian. Hasilnya dapat membantu pelajar memilih program yang relevan, IPT menambah baik kurikulum, majikan mendapatkan tenaga kerja berkualiti serta kerajaan merangka dasar strategik untuk mengurangkan pengangguran. Antara kepentingan KPG ialah:

 

  • Meningkatkan prospek pekerjaan graduan

  • Menyesuaikan diri dengan perubahan industri

  • Menyokong perkembangan kerjaya

  • Membantu industri menjejak graduan

  • Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi

  • Penambaikan kurikulum IPT

 

         Kajian ini dijalankan secara dalam talian melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) di graduan.mohe.gov.my. Pentabir IPT perlu membekalkan data graduan berkonvokesyen melalui Anjung SKPG dan memastikan sekurang-kurangnya 85% graduan mengambil bahagian. Data dianalisis menggunakan tarikh cut-off yang ditetapkan oleh KPT (Februari tahun berikutnya) dan hasil dapatan dipaparkan dalam bentuk peratusan serta visualisasi data.

 

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi