14 November | Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PSA mendukung inisiatfi hijau melalui kempen penanaman 100 juta pokok. Sebanyak 36 pokok seperti meranti, cengal, kulim dan merbau di tanam di sekitar kampus PSA bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya kawasan liputan hijau untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.
 
Seramai kira-kira 100 mahasiswa PSA hadir menjayakan Program Penghijauan Malaysia melaui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok peringkat PSA. Turut hadir Penolong Pengarah Kanan Silvikultur dan Perlindungan Hutan Jabatan Hutan Negeri Selangor Khairunnisa M.Mamat, Pengarah PSA Zainah Rujihan, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Noor Hayati Mat Taib serta ahli mesyuarat pengurusan tertinggi PSA.
 
 
 
Sosial Media Rasmi PSA :