23 Julai 2025 : PSA menerima kunjungan dari Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia sempena Program Opening Young Eyes (OYEs!) bertempat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan kehadiran seramai 40 orang anak yatim bersama 10 orang guru pengiring.
 
Sepanjang program, para peserta berpeluang mengikuti lawatan ke bengkel-bengkel di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi melihat secara dekat pelbagai aktiviti berkaitan kemahiran teknikal serta prospek kerjaya dalam bidang kejuruteraan. Pendedahan ini bertujuan memberi inspirasi dan membuka minda peserta terhadap peluang pendidikan dan masa depan dalam bidang TVET.