DIPLOMA PEMASARAN

Diploma in Marketing

 

Sinopsis

Diploma Pemasaran bertujuan untuk meningkatkan kebolehan pelajar dalam melaksanakan tugas pemasaran yang merangkumi campuran pemasaran, tingkah laku pengguna, penyelidikan pemasaran dan pembuatan keputusan, sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai faktor persekitaran yang mempengaruhi aktiviti pemasaran. Program ini juga merangkumi bidang berkaitan lain seperti Pengurusan, Perakaunan, Ekonomi, Keusahawanan, Pengiklanan, Peruncitan, Undang-undang Dan Teknologi Maklumat. Untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam komunikasi, semua kursus akan diajar dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Selaras dengan objektif kerajaan untuk menghasilkan modal insan yang seimbang, program ini juga merangkumi kursus agama dan moral.

 

Matlamat Program

Program ini bertujuan untuk memupuk pemasar yang boleh menyesuaikan diri dan bertanggungjawab dalam menyokong agenda negara untuk memodenkan, mengglobalisasi, dan merevolusikan industri.

 

Objektif Program 

Graduan yang dilahirkan akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran:

  1. Penyelesaian Masalah

    • Menunjukkan kecekapan dalam menyelesaikan masalah pemasaran bagi memenuhi keperluan masyarakat.

  2. Kemahiran Keusahawanan dan Sosial

    • Mengamalkan kemahiran keusahawanan

    • Memupuk interaksi sosial dalam persekitaran pemasaran glokal

  3. Analisis dan Teknologi

    • Berkebolehan menganalisis secara numerik dan menggunakan kemajuan teknologi digital untuk penyelesaian pemasaran.

  4. Profesionalisme dan Kepimpinan

    • Menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi.

    • Memiliki kualiti kepimpinan yang baik.

    • Memperoleh pengetahuan baharu dalam bidang pemasaran untuk kemajuan kerjaya.

 

Prospek Kerjaya

Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar daripada program ini akan membolehkan mereka untuk menyertai pasaran pekerjaan sebagai:



Laluan Akademik

Peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang yang berkaitan seperti bidang Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran, Ekonomi, Kewangan dan Perbankan.