DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

Diploma in Business Studies

 

Sinopsis

Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar dalam pelbagai disiplin perniagaan serta membantu mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Program ini menyediakan pelajar dengan kemahiran tambahan dan boleh dipindah milik yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru dan cabaran perniagaan terkini selari dengan era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Struktur program merangkumi bidang berkaitan seperti Pengurusan, Pentadbiran, Sumber Manusia, Pemasaran, Ekonomi, Keusahawanan, Pengiklanan, Peruncitan, Undang-undang Dan Teknologi Maklumat.

 

Matlamat Program

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan berpotensi yang fokus dan berdedikasi untuk cemerlang dalam bidang perniagaan dalam menyokong agenda negara untuk merangsang pembangunan aktiviti industri ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan seterusnya menjadi negara maju. Program ini juga melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh setiap pengamal perniagaan. Oleh itu, mereka dilatih dengan baik untuk memimpin perniagaan yang berjaya di pasaran global, dengan kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan komunikasi yang berkesan.

 

Objektif Program

Graduan yang dilahirkan akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran:

  1. Penyelesaian Masalah

    • Menunjukkan kecekapan dalam menyelesaikan masalah perniagaan bagi memenuhi keperluan masyarakat.

  2. Kemahiran Keusahawanan dan Sosial

    • Mengamalkan kemahiran keusahawanan.

    • Memupuk interaksi sosial dalam persekitaran perniagaan glokal.

  3. Analisis dan Teknologi

    • Berkebolehan menganalisis secara numerik dan menggunakan kemajuan teknologi digital untuk penyelesaian perniagaan.

  4. Profesionalisme dan Kepimpinan

    • Menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi.

    • Memiliki kualiti kepimpinan yang baik.

    • Memperoleh pengetahuan baharu dalam bidang perniagaan untuk kemajuan kerjaya.

 

Prospek kerjaya

Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar daripada program ini akan membolehkan mereka mengambil jawatan pengurusan pertengahan di jabatan operasi berikut:

 

 

Laluan Akademik

Peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang yang berkaitan seperti bidang Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran, Perniagaan, Logistik, Pemasaran, Ekonomi, Kewangan dan Perbankan.