DIPLOMA PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Diploma in International Business

 

Sinopsis

  • Diploma dalam Perniagaan Antarabangsa (DPI) menawarkan pengetahuan dan latihan komprehensif untuk mempersiapkan pelajar bagi kerjaya yang berjaya dalam arena perniagaan global. Program ini memberikan pandangan tentang konsep perniagaan terkini dan teknik pengurusan, serta membekalkan pelajar dengan asas kukuh dalam bidang perniagaan antarabangsa.
  • Pelajar akan meneroka teori dan amalan asas yang penting untuk menjalankan penyelidikan perniagaan di peringkat global. Kursus teras termasuk Pengenalan kepada Perniagaan Antarabangsa, Amalan Eksport dan Import, Pengurusan Rantaian Bekalan, Logistik, Perdagangan Antarabangsa, Pemasaran Antarabangsa, Pengurusan Risiko dan Insurans, Pengurusan Kewangan Antarabangsa, dan Pengurusan Antarabangsa.
  • Selain itu, program ini menekankan kemahiran tambahan yang memberi nilai tambah dan boleh dipindahkan, membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan teknologi yang berkembang pesat dalam menghadapi cabaran industri terkini. Kursus-kursus lain yang ditawarkan adalah Bahasa Inggeris, Keusahawanan Digital, Etika Perniagaan, Komunikasi Perniagaan, Gelagat Organisasi, Pengurusan Sumber Manusia, dan Ko-kurikulum bagi meningkatkan pembangunan profesional mereka.

 

Matlamat Program

Program ini bertujuan untuk melahirkan pengamal perniagaan antarabangsa yang fleksibel dan bertanggungjawab dalam menyokong agenda nasional untuk merangsang pembangunan aktiviti perindustrian ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi mencapai status negara maju.

 

Objektif Program

Graduan yang dilahirkan akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran:

  1. Penyelesaian Masalah

    • Menunjukkan kecekapan dalam menyelesaikan masalah perniagaan antarabangsa bagi memenuhi keperluan masyarakat.

  2. Kemahiran Keusahawanan dan Sosial

    • Mengamalkan kemahiran keusahawanan.

    • Memupuk interaksi sosial dalam persekitaran perniagaan antarabangsa glokal.

  3. Analisis dan Teknologi

    • Berkebolehan menganalisis secara numerik dan menggunakan kemajuan teknologi digital untuk penyelesaian perniagaan antarabangsa.

  4. Profesionalisme dan Kepimpinan

    • Menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi.

    • Memiliki kualiti kepimpinan yang baik.

    • Memperoleh pengetahuan baharu dalam perniagaan antarabangsa untuk kemajuan kerjaya

 

Prospek Kerjaya

Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar melalui program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

 

Laluan Akademik

Peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang yang berkaitan seperti bidang Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan Sumber Manusia, Logistik, Pemasaran, Pentadbiran, Ekonomi, Kewangan dan Perbankan.