[ PROGRAM SIJIL KECEKAPAN FIBER OPTIK ]
 
Seramai 11 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) lulus Program Sijil Kecekapan Fiber Optic sekali gus berjaya memperoleh Sijil Kompetensi Pemasangan Fiber Optik bagi tempoh 5 tahun.
 
Program Sijil Kecekapan Fiber Optik anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik ini telah diadakan pada 3 hingga 5 Jun 2025 melibatkan seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada pelajar semester 5 program DEP.
 
Program Persijilan Kecekapan Fiber Optik ini diberikan sebagai satu nilai tambah kepada pelajar di mana sijil kompetnesi ini diiktiraf oleh Telekom (M) Bhd.
 
Kursus ini dikendalikan oleh pensyarah program DEP yang bertauliah dan kompeten. Para pelajar telah menduduki ujian kecekapan di Telekom (M) Bhd. Cyberjaya.
 
Tahniah kepada semua peserta!