23 Julai 2025 | Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah dijemput untuk menyertai Program STEMVAGANZA anjuran SMK Bandar Puchong Jaya (A). Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 500 orang pelajar sekolah menengah.

Para pelajar kelihatan teruja dan bersemangat mengikuti setiap aktiviti yang disediakan. Diharapkan usaha ini dapat menyemai minat yang mendalam terhadap bidang STEM dalam kalangan generasi muda.
 
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan tahniah atas penganjuran yang berjaya.