21 FEBRUARI 2023 - Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) mengadakan mesyuarat bersama Pusat Bertauliah, PSA bagi tujuan mewujudkan kerjasama dalam pentauliahan SKM ahlinya.
 
Selesai mesyuarat, mereka kemudiannya mengadakan perbincangan bersama pihak FITAC bagi membantu membangunkan latihan dan konsultasi kepada staf dan pelajar.
 
Terdahulu, delegasi yang disertai presidennya, Khalil Hj Saleh, Setiausaha Agung Shima Hanafiah, Pengetua Akademi Profima Tuan Syed Benyahya, Timbalan Pengetua Akademi Profima Azizan Rubaan serta AJK PROFIMA Dewa Sapri turut membantu menyumbang kepakaran dalam menghasilkan video promo muet on demand PSA.