Sesi ramah mesra bersama Hafiz Mahamad
Usai perkongsian bersama para pengunjung SUKSES 2.0 peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Dewan Al Jazari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ikon SUKSES 2.0 yang merupakan usahawan dan pempengaruh terkenal Hafiz Mahamad meluangkan masa beramah mesra bersama pengurusan tertinggi PSA.
Beliau yang merupakan alumni Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Politeknik Muadzam Shah itu sempat berkongsi pengalaman, kisah kejayaan serta perancangan masa hadapan.
Dalam pertemuan kira-kira satu jam itu, beliau bersama Pengarah PSA Dr. Norhayati Zakaria turut mengadakan perbincangan dan perancangan antara kedua-dua pihak terutamanya dalam membangunkan potensi pelajar POLYCC.
Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Encik Mohd Mubarak Shamsuddin, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Puan Noor Hayati Mat Taib serta pegawai Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar JPPKK Puan Nor Fazilah Soid.
Semoga pertemuan ini membuka lebih banyak ruang kolaborasi berimpak tinggi antara kedua-dua pihak.
Sosial Media Rasmi PSA :
#KPM
#welovepsa
#pssaas
#politekniksultansalahuddinabdulazizshah
#passionatesynergizeagile
#thrivingthroughchange
#MalaysiaMADANI