13 MAC 2024 - Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menunaikan solat tarawih bersama para pelajar dan kakitangan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di Pusat Islam sebentar tadi.
 
Usai solat, beliau mengambil kesempatan beramah mesra bersama barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta para pelajar. Dalam pertemuan tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM10,000 kepada MPP PSA bagi melaksanakan program-program pembangunan pelajar.
 
Solat Tarawih dan Majlis Ramah Mesra YB Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dihadiri lebih 500 pelajar dan kakitangan PSA.
 
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Mohamad Azhan Md. Amir, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr. Haji Mohd Zahari Ismail dan Timbalan Pengarah Akademik PSA Ts Dr. Ahmad Aftas Azman.