23 JUN 2022 - Mereka yang mempunyai kemahiran dan kelulusan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mempunyai masa depan yang cerah selain menerima gaji yang lebih tinggi.
 
Ini kerana lulusan TVET mempunyai kemahiran yang amat diperlukan industri serta tawaran pekerjaan yang lebih terbuka luas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid berkata, bidang TVET mempunyai potensi yang cukup besar serta dilihat akan menguasai ekonomi dunia.
 
“TVET buka lagi pilihan kedua sebaliknya para pelajar perlu yakin untuk mengikuti pengajian dalam bidang ini dan yakin boleh berjaya,”
Beliau berkata demikian kepada para pelajar yang hadir mengikuti program taklimat kerjaya yang diadakan di Dewan Al- Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) sempena sambutan Minggu TVET Negara 2022 (MTN 2022) di sini hari ini.
 
Turut mengiringi Pengarah PSA, Dr. Mohd Zahari Ismail serta Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah Muhammad Zubir Mohd Hanifah.
Datuk Mastura meluangkan masa hampir jam bagi meninjau pelbagai aktiviti yang diadakan sempena MTN 2022 yang memasuki hari keenam hari ini.
Antaranya pameran interaktif TVET, temuduga terbuka industri, taklimat kerjaya, e-sports games, pameran oleh pelbagai kementerian, agensi serta industri serta kempen derma darah, persembahan kebudayaan, ujibakat lakonan, jualan terus dari ladang serta pelbagai lagi.
 
 
SEKRETARIAT MINGGU TVET NEGARA 2022