6 JULAI 2022 : Saudara Izzat Zikri Bin Kamarulzaman yang bersama deligasi Malaysia ke Turkiye sempena program Malaysia-Turkiye Product and Technology Co-Creation Roadmap menyertai sesi perbincangan bersama wakil Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), SIRIM Berhad dan pihak industri di Movenpick Hotel, Ankara, Turkiye.
 
Izzat Zikri yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Perubatan) Dengan Kepujian, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah antara dua wakil pelajar Wira TVET Mahasiswa yang terpilih menyertai program tersebut.