[ SEMINAR TEKNOLOGI TERKINI DALAM KEJURUTERAAN UKUR ]

 
27 Februari 2025 : Seminar Teknologi Terkini Dalam Kejuruteraan Ukur telah berlangsung di Dewan Al Jazari, PSA. Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM YBhg. Dato' LSr Hazri bin Hassan, Pengarah PSA, TS. Zainah binti Rujihan.
 
Program IEEP (Industry Expert Enrichment Program) ini secara langsung mendedahkan pelajar tentang teknologi terkini yang digunakan di dalam Kejuruteraan Ukur.
 
Dalam masa yang sama Karnival Keusahawanan JKA juga turut diadakan dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang di perkarangan Dewan Al Jazari bagi menambahkan lagi kemeriahan program.
 
Dalam program ini juga, Sesi Penyerahan Alat Ukur telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ LSr Hazri bin Hassan, merangkap Pengerusi LJT kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).