20 Mac 2025 : Program Cahaya Ramadan: Majlis Khatam Al Quran telah berlangsung di Pusat Islam, PSA anjuran Program Diploma Pengajian Perniagaan (DPM), Jabatan Perdagangan PSA peringkat Antarabangsa. Turut serta Timbalan Pengarah Akademik, Ts Dr Ahmad Aftas bin Azman dalam program ini. Kehadiran dalam program ini melibatkan para pelajar Diploma Pengajian Perniagaan dan staf jabatan perdagangan PSA dan para pelajar dan staf Politeknik Caltex Riau, Indonesia.