20 Mac 2025 : Warga PSA bersama Skuad PTPTN Prihatin bekerjasama dalam semangat Ramadan melalui aktiviti Gotong-Royong Rewang dan Agihan Pek Juadah Berbuka Puasa untuk 500 orang pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang terpilih melalui Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN).
 
Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) yang telah berlangsung sejak tahun 2021 merupakan inisiatif tradisi di bawah tanggungjawab social korporat (CSR) PTPTN yang berperanan penting dalam mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan juga kebersamaan antara PTPTN dan institusi pengajian tinggi (IPT).